Ratusan manusia yang waras akal mengutuk perbuatan kaki pendemo pro-Umno Mohamad Ghani Abdul Jiman yang menghantar kek replika najis aka tahi manusia kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan menyifatkannya satu perbuatan bahlol, haprak dan bukan menunjangi budaya Melayu.
Sesetengah daripada mereka merasa tersangat aib apabila kek berbentuk najis itu yang gagal diserahkan kepada Ketua Menteri akhirnya telah dipotong untuk dimakan sendiri oleh Ghani dan rakan-rakananya.
Ghani yang telah beberapa kali mencetuskan demo terhadap kerajaan negeri kelihatan berbangga dengan juadah najisnya itu.
Beberapa pimpinan dan orang ramai menyifatkan perbuatan Ghani itu di luar tata susila Melayu dan sifat Ghani yang mengeluarkan kenyataan mempertahankan Barisan Nasional-Umno yang dengan jelas menunjukkan bahawa Ghani pro-Umno-BN.
TV3 yang merupakan media Umno juga kelihatan menyiarkannya dalam Buletin Perdananya sebagai menyokongi perbuatan Ghani berkenaan.
0 comments:
Post a Comment